Wednesday, April 08, 2015

Program Pemeriksaan Kesihatan & Pemeriksaan Gigi di PI1M Presint 18

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia :)

Pada 4 April 2015 yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia Presint 18 dengan kerjasama Kelab Rukun Tetangga 18R13, Jawatankuasa Umno Cawangan Kemuning, & Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan & Pemeriksaan Gigi PERCUMA kepada penduduk tempatan yang bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Presint 18 Putrajaya. 








    

Komuniti yang hadir mendapat KUPON INTERNET PERCUMA selama 2 JAM
dan 3 orang pengunjung bertuah telah menerima KUPON FOTOSTAT & PRINT bernilai RM10. Pendaftaran keahlian Pusat Internet 1Malaysia secara PERCUMA juga diberikan semasa program berlangsung. Sesi ramah mesra penduduk dengan pengurusan PI1M juga dapat dieratkan dengan adanya program yang bermanfaat seperti ini. 

No comments:

Post a Comment