Saturday, January 17, 2015

School Break Programmes

School Break Programmes diadakan kepada para pelajar bagi memenuhi masa terluang mereka di musim cuti persekolahan. Banyak aktiviti menarik yang dijalankan seperti latihan ICT supaya pelajar dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka di musim cuti sekolah. 





Aktiviti minggu pertama Perjumpaan ahli Kelab Junior 
PI1M P18 dan mereka logo Kelab Junior PI1M P18


 Semasa kelas Microsoft Power Point

 Adik Adila membentangkan slide pengenalan diri 
kepada rakannya 

 Minggu dua: Kelas Microsoft Words sedang berlangsung

 Cantik kan jadual sekolah hasil pembelajaran ICT 
menggunakan Microsoft Words

 Kelas Lukisan Kreatif menggunakan Paint 
sedang berlangsung

Adik Aliff sedang membentangkan hasil 
lukisan kreatifnya

Hari ICT Kelab Junior PI1M Presint 18 untuk penyampaian 
sijil kepada adik-adik yang menyertai



P/S: Terima kasih kepada adik-adik ceria yang sudi menyertai School Break Programmes di PI1M Presint 18 dan kami mengucapkan Selamat kembali ke sekolah!! :) :)

Bengkel Latihan ICT dan Asas Keusahawanan

       Pada 26 November 2014 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Presint 18 telah mengadakan Bengkel Latihan ICT dan Asas Keusahawanan. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang teknologi dan ICT serta software yang berkaitan yang boleh diaplikasikan di dalam membina sesebuah perniagaan. Selain itu, untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran penggunaan teknologi dan ICT.

Peserta Kursus merupakan Ahli Puspanita daripada 
Jabatan Penerangan Malaysia

Peserta juga diberi tunjuk ajar secara asas bagaimana membina email dan menghasilkan blog sekaligus menyelenggara blog. Bengkel tersebut telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet 1Malaysia Presint 18 dan berlangsung bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Seramai sembilan orang peserta yang menyertai Bengkel Latihan ICT dan Asas Keusahawanan ini merupakan ahli Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia. 


Semasa sesi membina blog, khusyuknya semua dengar
 teknik membina blog

Puan Russiah sedang tekun memilih gambar untuk diletak 
di blog perniagaan telekung beliau.

 Pengurus sedang memberi tunjuk ajar mengedit blog

 Bestnya Puan Zabariah dapat hadiah peserta terbaik :D

 Nabihah juga menerima cenderahati untuk peserta kedua terbaik :)


P/S: Kursus Keusahawanan secara PERCUMA diadakan di PI1M Presint 18 pada setiap bulan. Apa tunggu lagi? Jommm ramai-ramai mendaftar sebagai ahli PI1M P18 dan menyertai Kursus Keusahawanan. :) :) 




Friday, January 16, 2015

Hari Terbuka PI1M Presint 18 dan Majlis Bubur Asyura 18 R13

       Pada 15 November 2014 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Presint 18 telah mengadakan hari terbuka buat pertama kali sejak penubuhannya. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan PI1M Presint 18 kepada masyarakat setempat. 

Dekorasi di muka pintu PI1M Presint 18

       Aktiviti ini juga merupakan program anjuran bersama komuniti 18R13 iaitu Majlis Bubur Asyura 18R13. Program Bubur Asyura yang berlangsung melibatkan Umno Cawangan Kemuning dan Persatuan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) 18R13.

       Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pertandingan Fast Typer bagi kategori kanak-kanak dan dewasa dan juga Kuiz Klik Dengan Bijak bagi kategori kanak-kanak dan dewasa. Selain itu cabutan bertuah juga diadakan kepada pengunjung yang datang pada hari tersebut. 

       Majlis tersebut telah berlangsung bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 pm. Seramai hampir 100 orang pengunjung yang hadir pada hari terbuka tersebut. Jom lihat kemeriahan suasana pada hari terbuka tersebut.


Wajah ceria adik-adik yang tidak sabar mendaftar untuk menyertai 
pertandingan yang diadakan

Kaum ibu dan bapa yang teruja untuk menyertai latihan kusahawanan 
secara PERCUMA yang bakal diadakan di PI1M Presint 18

Adik-adik sedang tekun menjawab kuiz yang diadakan

Woww! lajunnya adik ni taip. Confirm johan ni. 

Pelajar UPM yang juga turut hadir sama

 Bestnya akak dapat hadiah hamper tu

 Senyum lebar ye dapat hamper. yahuuu

Johan Kuiz Klik Dengan Bijak, bijak adik Insyirah ni :)

Seronoknya pemenang kita ni. :D

 Kacau bang jangan tak kacau, Sedapnya bubur Asyura. :D


P/S: Meriah tak? apa tunggu lagi, Jom jadi ahli PI1M Presint 18, banyak aktiviti menarik menanti anda semua.