Friday, January 16, 2015

Hari Terbuka PI1M Presint 18 dan Majlis Bubur Asyura 18 R13

       Pada 15 November 2014 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Presint 18 telah mengadakan hari terbuka buat pertama kali sejak penubuhannya. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan PI1M Presint 18 kepada masyarakat setempat. 

Dekorasi di muka pintu PI1M Presint 18

       Aktiviti ini juga merupakan program anjuran bersama komuniti 18R13 iaitu Majlis Bubur Asyura 18R13. Program Bubur Asyura yang berlangsung melibatkan Umno Cawangan Kemuning dan Persatuan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) 18R13.

       Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pertandingan Fast Typer bagi kategori kanak-kanak dan dewasa dan juga Kuiz Klik Dengan Bijak bagi kategori kanak-kanak dan dewasa. Selain itu cabutan bertuah juga diadakan kepada pengunjung yang datang pada hari tersebut. 

       Majlis tersebut telah berlangsung bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 pm. Seramai hampir 100 orang pengunjung yang hadir pada hari terbuka tersebut. Jom lihat kemeriahan suasana pada hari terbuka tersebut.


Wajah ceria adik-adik yang tidak sabar mendaftar untuk menyertai 
pertandingan yang diadakan

Kaum ibu dan bapa yang teruja untuk menyertai latihan kusahawanan 
secara PERCUMA yang bakal diadakan di PI1M Presint 18

Adik-adik sedang tekun menjawab kuiz yang diadakan

Woww! lajunnya adik ni taip. Confirm johan ni. 

Pelajar UPM yang juga turut hadir sama

 Bestnya akak dapat hadiah hamper tu

 Senyum lebar ye dapat hamper. yahuuu

Johan Kuiz Klik Dengan Bijak, bijak adik Insyirah ni :)

Seronoknya pemenang kita ni. :D

 Kacau bang jangan tak kacau, Sedapnya bubur Asyura. :D


P/S: Meriah tak? apa tunggu lagi, Jom jadi ahli PI1M Presint 18, banyak aktiviti menarik menanti anda semua.  


No comments:

Post a Comment