FAQ

Bagi menerangkan lebih lanjut tentang Pusat Internet 1Malaysia, berikut merupakan soalan lazim yang berkaitan dengan penubuhan Pusat Internet 1Malaysia atau lebih juga dikenali sebagai PI1M.

SOALAN 1:

Apakah Pusat Internet 1Malaysia?
JAWAPAN:
Di bawah Bajet 2013, penubuhan PI1M merupakan salah satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Program ini dibiayai oleh dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) selama 3 tahun. 

SOALAN 2:

Bilakah Pusat Internet 1Malaysia dilaksanakan?
JAWAPAN:
Perlaksanaan adalah secara berperingkat mulai tahun 2013. 

SOALAN 3:

Bagaimanakah cara untuk saya memohon Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di kawasan saya?
JAWAPAN:
Pemilihan lokasi PI1M adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan Pusat dan Negeri yang berkaitan. Perlantikan pemberi perkhidmatan bagi melaksanakan PI1M adalah melalui proses tender terbuka kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM 1998)

SOALAN 4:

Bagaimanakah kaedah perlaksanaan projek Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)?
JAWAPAN:
Proses perlaksanaan PI1M adalah melalui kaedah tender terbuka mengikut peraturan-peraturan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Sila rujuk www.skmm.gov.my dari semasa ke semasa bagi pemberitahuan tender. 

SOALAN 5:

Adakah terdapat syarat-syarat khusus untuk membida projek Pusat Internet 1Malaysia? Adakah orang awam boleh memohon untuk membuka Pusat Internet 1Malaysia ini? 
JAWAPAN:
Pihak pembida hendaklah merupakan pemegang lesen Pemberian Perkhidmatan Rangkaian Individu (NSP(I)), Pemberi Perkhidmatan Kemudahan Rangkaian Individu (NFP(I)) dan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sila rujuk kepada Bahagian Perlesenan SKMM untuk keterangan lanjut. 

SOALAN 6:
Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)?
JAWAPAN:
Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus. 

SOALAN 7:

Siapakah yang boleh mengunjungi Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)? 
JAWAPAN:
Penggunaan PI1M terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. 

SOALAN 8:
Dimana PI1M terdekat yang saya boleh mendaftar sebagai ahli?
JAWAPAN:
Anda boleh merujuk kepada senarai Pusat Internet 1Malaysia yang beroperasi di seluruh negara di laman web berikut:- http://www.skmm.gov.my/skmmgov.my/files/attachments/UPS_REGISTER_Final_6_July_2011.pdf
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Pejabat Wilayah SKMM yang berdekatan. 

SOALAN 9:

Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)?JAWAPAN:
Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PI1M bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. 

SOALAN 10:

Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)?
JAWAPAN:
Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan. 

SOALAN 11:
Saya berminat untuk mengikuti program latihan ICT di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Berapakah kadar yang dikenakan bagi setiap program dan latihan yang dianjurkan?
JAWAPAN:
Tiada bayaran yang akan dikenakan ke atas setiap program dan latihan yang disediakan. Namun begitu, adalah dinasihatkan untuk anda berhubung terlebih dahulu dengan Pengurus PI1M yang berhampiran untuk keterangan lanjut. 

SOALAN 12:

Apakah perbezaan di antara Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) dengan cybercafe sedia ada?
JAWAPAN:
Setiap penggunaan komputer PI1M adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran berkenaan panduan penggunaan internet kepada pengguna khususnya serta latihan keusahawanan dan ICT secara percuma. 

SOALAN 13:

Saya berminat untuk memohon jawatan pengurus Pusat Internet 1Malaysia. Adakah permohonan untuk jawatan ini sudah dibuka dan bagaimanakah cara untuk memohon? 
JAWAPAN:
Sebarang permohonan jawatan bagi Pengurus dan Penolong Pengurus akan diiklankan dari semasa ke semasa di lokasi Pusat Internet 1Malaysia (PI1M), Pejabat Daerah. dan juga Pejabat Wilayah SKMM. 

No comments:

Post a Comment