Aktiviti Menarik

       Pada 26 November 2014 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Presint 18 telah mengadakan Bengkel Latihan ICT dan Asas Keusahawanan. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang teknologi dan ICT serta software yang berkaitan yang boleh diaplikasikan di dalam membina sesebuah perniagaan. Selain itu, untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran penggunaan teknologi dan ICT.

Peserta Kursus merupakan Ahli Puspanita daripada 
Jabatan Penerangan Malaysia

        Peserta juga diberi tunjuk ajar secara asas bagaimana membina email dan menghasilkan blog sekaligus menyelenggara blog. Bengkel tersebut telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet 1Malaysia Presint 18 dan berlangsung bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Seramai sembilan orang peserta yang menyertai Bengkel Latihan ICT dan Asas Keusahawanan ini merupakan ahli Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia. 


Semasa sesi membina blog, khusyuknya semua dengar
 teknik membina blog

Puan Russiah sedang tekun memilih gambar untuk diletak 
di blog perniagaan telekung beliau.

 Pengurus sedang memberi tunjuk ajar mengedit blog

 Bestnya Puan Zabariah dapat hadiah peserta terbaik :D

 Nabihah juga menerima cenderahati untuk peserta kedua terbaik :)


P/S: Kursus Keusahawanan secara PERCUMA diadakan di PI1M Presint 18 pada setiap bulan. Apa tunggu lagi? Jommm ramai-ramai mendaftar sebagai ahli PI1M P18 dan menyertai Kursus Keusahawanan. :) :) 

No comments:

Post a Comment