Wednesday, March 18, 2015

Program Simplified Facebook Marketing & Mini Karnival PI1M Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t

Pada 12, 13 & 14 Mac yang lepas, PI1M Presint 18 telah bergabung tenaga bersama PI1M Presint 9 Fasa 10 dan PI1M Presint 16 untuk menganjurkan program julung kalinya melibatkan usahawan muda sekitar Putrajaya, Bangi dan Kuala Lumpur. 


Kursus Simplified Facebook Marketing telah diadakan di PI1M Presint 9 Fasa 10 manakala Mini Karnival diadakan di Dewan Komuniti Apartment Fasa 10 di Presint 9. Tenaga pengajar merupakan penceramah jemputan yang pakar dalam bidang pemasaran online iaitu Puan Shakirah Binti Abdul Karim, CEO/ pengasas Minda Consultancy.


Seramai 27 orang usahawan muda telah menyertai kursus SFM dan bilik latihan telah disusun atur supaya peserta dapat menjalani kursus dengan selesa.


Kursus ini dapat menarik minat para usahawan yang menjalankan perniagaan offline untuk menceburi diri dalam bidang perniagaan online dan berasaskan internet. Selain itu untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para usahawan dalam bidang perniagaan internet. Kursus yang berlangsung juga membantu meningkatkan jualan para usahawan melayu dengan menggunakan pelan pemasaran internet melalui media sosial iaitu Facebook dan Google.


Peserta yang hadir sangat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan iaitu PI1M kerana dapat menimba pengetahuan mengenai kaedah dalam meningkatkan pemasaran dalam perniagaan mereka. 

Program diteruskan dengan Mini Karnival PI1M Putrajaya pada 14 Mac 2015 (Sabtu) bertempat di Dewan Komuniti Fasa 10, Presint 9. Program telah berlangsung bermula jam 10 pagi dan berakhir pada 3 petang. 






 

Pelbagai aktiviti menarik juga dijalankan antaranya promosi kelas Quilling, Treasure Hunt dan juga Tayangan Klik Dengan Bijak. Program ini juga dapat mengeratkan kerjasama antara Pusat Internet 1Malaysia Putrajaya yang terlibat. 

No comments:

Post a Comment