Saturday, February 07, 2015

Kenduri 1Wilayah Persekutuan & Hari Keluarga Warga Putrajaya

Assalamualaikum. :)

Update blog kali ini adalah aktiviti bersama komuniti Putrajaya yang telah berlangsung pada 7 Februari sempena Hari Wilayah 2015.

     Kenduri 1Wilayah Persekutuan peringkat Putrajaya 2015 telah diadakan di Kompleks Futsal Mokhtar Dahari, presint 18 Putrajaya. Majlis dilancarkan oleh YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan turut hadir YBhg. Tan Sri Dato Seri Dr. Aseh Bin Haji Che Mat. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti gotong royong penyediaan makanan bersama komuniti Putrajaya, senamrobik, sukaneka dan juga permainan kanak-kanak.




Poster Kenduri 1Wilayah Persekutuan & Hari Keluarga Warga Putrajaya

PI1M Putrajaya juga tidak ketinggalan bersama komuniti untuk sesi ramah mesra dengan membuka booth di sana. :D


Suasana meriah ketika Kenduri 1Wilayah Persekutuan & Hari Keluarga warga Putrajaya

Antara aktiviti yang diadakan di booth Pusat Internet 1Malaysia ialah pendaftaran keahlian secara PERCUMA, pengedaran risalah mengenai Pusat Internet 1 Malaysia, pendedahan mengenai Program Simplified Facebook Marketing serta penerangan mengenai program, aktiviti dan bengkel dimasa akan datang oleh Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya. 

No comments:

Post a Comment