Saturday, November 01, 2014

Perasmian Pusat Internet 1Malaysia di Putrajaya

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan satu insiatif kerajaan bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Maxis Sdn. Bhd dalam menyediakan kemudahan internet dan memfokuskan kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Putrajaya merupakan antara kawasan yang pertama melahirkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di kawasan bandar. 

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Putrajaya Presint 18 telah selamat dirasmikan dan Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan yang juga merupakan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengu Adnan Tengku Mansor pada 24 Mei 2014. Majlis perasmian Pusat Internet 1 Malaysia telah berlangsung di Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 10. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di PI1M iaitu Kelas Usahawanan dan Kelas ICT terbuka kepada setiap ahli yang mendaftar. Pendaftaran dikenakan sekali seumur hidup iaitu hanya RM5.00 dan ahli yang sah layak menyertai kelas ICT anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya Presint 16 dengan PERCUMA. Ahli turut menikmati kadar caj perkhidmatan yang istimewa.