Wednesday, February 25, 2015

Kelas Usahawan 'Strategi Pemasaran dan Kaedah Pengiklanan'

Assalamualaikan w.b.t :)

Alhamdulillah, pada tarikh 14 Februari 2015. Admin telah bekerjasama dengan PI1M Presint 16 Putrajaya untuk mengadakan kelas keusahawanan yang memfokuskan mengenai pemasaran dan bagaimana membuat iklan dengan lebih berkesan. 


Sesi pengenalan permulaan kelas

Kelas dijalankan selama satu hari daripada pukul 9.30 pagi sehinggalah 5.30 petang. Kenapa sehari? kenapa tak dua hari? Cukup ke sehari nak belajar pasal pemasaran? Tak bosan ke seharian belajar? Konfem ramai yang bertanyakan soalan-soalan sedemikian. Keputusan untuk buat kelas selama sehari ni dibuat lepas mengambil kira faktor peserta yang semestinya ada diantara mereka bekerja dan sibuk pada hari biasa dan pastinya tidak cukup untuk kita belajar mengenai pemasaran selama satu hari. Tetapi di kelas ini, kami hanya fokus kepada point yang penting dan tips-tips mengenai pemasaran yang berkesan. Berbaloi atau tidak, bergantung dengan cara penerimaan anda sebagai peserta. Kami disini hanya berkonsi sedikit ilmu untuk membantu para usahawan yang ingin berusaha untuk berjaya. Pastinya kelas kami sediakan ini amat lah murah iaitu PERCUMA!

Antara peserta yang hadir

Sesi pertama iaitu sesi pagi, peserta menerima ilmu yang dikongsikan oleh Cik Farah Asst Manager PI1M Presint 16. Beliau berkongsi mengenai strategi pemasaran berkesan dan tips-tips ringkas tetapi penting untuk usahawan yang ingin berjinak-jinak dengan online. 

Sesi Pertama

Sesi kedua iaitu sesi petang pula, peserta dilimpahkan dengan ilmu pengiklanan daripada Cik Maya iaitu manager PI1M Presint 18. Beliau bukan sahaja berkongsi ilmu pengiklanan berkesan malah ilmu yang beliau perolehi semasa mengikuti kursus Dr. Azizan Osman. 

Sesi kedua

Kelas berakhir dengan lancar dan kami harap perkongsian kami dapat membantu peserta dalam perjalanan usahawan mereka. Berikut merupakan sesi penyampaian cenderahati dan sijil kepada peserta yang hadir.
Peserta terbaik perempuan : Penjawat awam & bakal usahawan

Peserta terbaik lelaki : Usahawan Emas


Peserta lain juga turut mendapat cenderahati dan sijil.





Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program kami :)

No comments:

Post a Comment