Pada 26 November 2014 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Presint 18 telah
mengadakan Bengkel Latihan ICT dan Asas Keusahawanan. Tujuan program ini
dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang
teknologi dan ICT serta software yang berkaitan yang boleh diaplikasikan di
dalam membina sesebuah perniagaan. Selain itu, untuk meningkatkan kemahiran dan
kepakaran penggunaan teknologi dan ICT.
Peserta Kursus merupakan Ahli Puspanita daripada
Jabatan Penerangan Malaysia
Peserta juga diberi tunjuk ajar secara asas
bagaimana membina email dan menghasilkan blog sekaligus menyelenggara blog.
Bengkel tersebut telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet 1Malaysia
Presint 18 dan berlangsung bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30
petang. Seramai sembilan orang peserta yang menyertai Bengkel Latihan ICT dan
Asas Keusahawanan ini merupakan ahli Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia.
Semasa sesi membina blog, khusyuknya semua dengar
teknik membina blog
Puan
Russiah sedang tekun memilih gambar untuk diletak
di blog perniagaan telekung
beliau.
Pengurus sedang memberi tunjuk ajar mengedit blog
Bestnya Puan Zabariah dapat hadiah peserta terbaik :D
Nabihah juga menerima cenderahati untuk peserta kedua terbaik :)
P/S: Kursus Keusahawanan secara PERCUMA diadakan di PI1M Presint 18 pada setiap bulan. Apa tunggu lagi? Jommm ramai-ramai mendaftar sebagai ahli PI1M P18 dan menyertai Kursus Keusahawanan. :) :)
No comments:
Post a Comment